Saturday 21 May 2011

HINANYA ORANG YANG TINGGAL SOLAT

Assalamualaikum wbt..

Ada satu kisah pada zaman Nabi Musa A.S mengenai penghinaan Allah SWT kepada mereka yg meninggalkan solat. Ada seorang lelaki yang sudah berumahtangga, namun dia tidak dikurniakan zuriat. Terdetik dihatinya, sekiranya dia memdapat seorang anak, dia akan minum air kencing anjing hitam. Hendak dijadikan cerita, Allah menjadikan isteri si lelaki tadi hamil. Apabila cukup tempohnya, dia selamat melahirkan seorang anak. Selepas mendapat anak yg diidamkan, si lelaki tadi berasa rungsing kerana teringatkan nazar yg sudah dijanjikannya iaitu meminum air kencing anjing hitam. Syariat pada zaman nabi Musa berbeza dengan syariat yg turun untuk umat Nabi Muhammad SAW. Bagi umat zaman Nabi Muhammad, sekiranya kita bernazar sesuatu benda yg haram, kita tidak perlu melaksanakannya. Sebaliknya kita perlu menggantikanya dengan denda ataupun kifarah. Berbeza dengan syariat pada zaman Nabi Musa, sesiapa yg bernazar, walaupun ianya suatu yg haram, nazar itu perlu dilaksanakan juga.

Si lelaki yg telah mendapat seorang anak itu, dengan rasa susah hatinya pergi menemui Nabi Musa. Dia menceritakan kepada baginda apa yg sudah terjadi kepada dirinya.Nabi Musa menyatakan kepadanya bahawa dia tidak perlu meminum air kencing anjing hitam. Sebaliknya, menggantikannya dengan air yang lebih hina daripada itu. Baginda memerintahkan lelaki itu supaya menadah air yg jatuh dari bumbung rumah orang yg meninggalkan solat dan minum air itu. Lalu, lelaki itu dengan senang hati, menjalankan apa yg diperintahkan oleh Nabi Musa kepadanya.

Lihatlah betapa hinanya darjat orang yg meninggalkan solat sehingga dikatakan air yg jatuh dari bumbung rumahnya lebih hina daripada air kencing anjing hitam. Namun malangnya masih ramai umat islam khususnya yg mengabaikan solat 5 waktu seharian. Janganlah kita sibuk dgn amalan makruf yg lain sedangkan sembahyang ditinggalkan. Sememangnya kita tahu bahawa hukum meninggalkan solat adalah haram dan berdosa besar. Kalau tak percaya, silakanlah google dan search di internet tentang hukum mengabaikan solat..Ce cari 2x.. Saya berharap  dgn cerita yg dikongsi ini dpt dititipkan sbg iktibar pada kita semua. InsyaALLAH.

Wallahu'alam.

Tuesday 17 May 2011

JOM BERSEDEKAH

Assalamualaikum..
Ramai umat islam pada hari ini mengamalkan amalan sedekah. Sebenarnya apakah yang di maksudkan dengan sedekah? Sedekah adalah pemberian ikhlas sama ada benda itu sesuatu yang kita sayang atau tidak. Jadi, keikhlasan itu menjadi pucuk persoalan dalam setiap pemberian kita. Sesetengah insan berasa ragu-ragu dengan amalan sedekah mereka. “Aku ikhlas ke dengan pemberian tadi? Ikhlas kot..” Begitulah permainan syaitan yang sedang bermaharajalela di dalam ruang fikiran kita. OK.. Beginilah, firstly kita jangan was-was jika ingin berbuat baik seperti bersedekah kerana sudah terang lagi bersuluh bahawa kita sedang melakukan kebaikan. Betul tak? Syaitan laknatullah lah yang bertugas untuk meletakkan rasa was-was itu ke dalam hati. Cuba fikir sejenak.. Pernah ke tidak kita rasa begitu? Tepuk dada tanya iman..

Allah Ta’ala berfirman:“Adapun orang yang memberikan (hartanya di jalan Allah) dan bertaqwa dan membenarkan adanya pahala yang terbaik (surga) maka Kami kelak akan menyiapkan baginya jalan yang mudah”. Qs. Al Lail (92) : 5-8

Sedekah bukan sahaja boleh di berikan kepada manusia (anak-anak yatim, fakir miskin dan sebagainya), malah boleh diberikan kepada haiwan atau binatang kerana mereka juga makhluk Allah. OK.. Contohnya, suatu hari pokok yang kita tanam telah berbuah dengan lebatnya di belakang rumah. Namun, ada beberapa biji buah yang rosak di makan dek beburung. So, jangan cepat melenting! Jangan tergesa-gesa ambil senapang patah kita untuk menembak beburung di awan biru… Sebaliknya, kita niat sedekah saja sudah cukup. Nampak tak? Amalan sedekah telah mengajar kita untuk bersabar. Hebat bukan? Di sini terdapat suatu cerita tentang amalan sedekah..

makan jgn xmakan.. ^^

Suatu hari Ustaz Syah dan rakan karibnya En. Akbar singgah di kedai makan. Tiba-tiba datang ke arah mereka seorang budak lelaki yang berpakaian compang-camping dan lusuh (si pengemis). Baunya, Ya Allah.. Hanya Tuhan yang tahu.

Si Pengemis: Encik, mintak sedekah. Saya lapar tapi tak ada wang untuk beli makanan. (sambil pandang ke bawah)

En.Akbar: (dengan nada marah) Kau masih muda, punya kudrat untuk berjalan. Kenapa masih meminta-minta?! Gunalah upaya kau untuk mencari sebarang pekerjaan yang halal.. Susah sangat ke??! Malulah sikit pada Yang Maha Pencipta.. Allah dah bagi tangan, kaki, mata.. Untuk apa semua itu?!

Ustaz Syah terkesima mendengar nada suara yang dilontarkan oleh En.Akbar pada budak lelaki itu. Keadaan yang tegang tadi tiba-tiba reda apabila En.Akbar mengeluarkan sekeping kertas yang berwarna merah dari sakunya. Ternyata kertas itu adalah wang yang bernilai RM10.

En.Akbar: Ambil ni. Lepas ni jangan minta-minta lagi!! Ingat tangan yang di atas lebih baik daripada yang di bawah..!

Setelah si pengemis itu berlalu, Ustaz Syah memujuk pada rakannya untuk memberitahu sebab-sebab perbuatannya tadi.  Padahal En. Akbar boleh sahaja berikan wang itu pada dia tanpa meninggikan suaranya. Setelah di desak berkali-kali barulah sahabatnya mula menjawab.

En.Akbar: Sebenarnya, ana tak mahu budak lelaki itu malas menyara hidupnya sebab ana tengok dia punya anggota dan kudrat ok jer..tak ada yang kurang. Selain itu, ana nak cuba sedaya upaya untuk mengikhlaskan hati apabila bersedekah kerana memang sukar untuk ana bersedekah di khalayak ramai. Jadi, di samping ana marah-marah..,ada juga faedahnya..

Konklusinya, kita di galakkan bersedekah mengikut cara tersendiri. Ada yang marah-marah sambil bersedekah, ada yang bersedekah secara tersembunyi..Anda??
 Wallahua’lam..Sekian



Sunday 15 May 2011

COUPLE OH COUPLE

Sekarang ini, topik bercouple menjadi tajuk yang hangat dalam kalangan remaja. Hal ini seolah-olah menjadi obligasi dalam kehidupan anak remaja. Kata mereka, jika berteman mereka dapat berkongsi masalah, mendapat kasih-sayang secukupnya dan sebagainya. Sudah tentulah kes couple ini berlaku antara seorang perempuan dengan bukan muhrimnya. Syarat-syarat couple ini sudah semestinya berdating, berchatting dan sebagainya. Tambahan pula, hubungan pasangan couple ini bertambah erat melalui facebook, twitter dan laman web sosial yang lain. Namun, tahukah mereka bahawa couple ini adalah haram? Hal ini demikian kerana apabila mereka keluar bersama sudah tentu berpegangan tangan dan sebagainya. Itulah permulaan kepada zina. Suatu hari, seorang lelaki telah datang berjumpa dengan ustaz. Dia merupakan penuntut di universiti.

Pelajar: Ustaz, saya sedang bercinta dengan seorang perempuan yang sekuliah dengan saya. Namun, kami tidak pernah berjumpa, bercakap melalui telefon malah mengirimkan sms. Apakah hukumnya di sisi islam?

Ustaz: Saya ingin kamu putuskan hubungan kamu dengan wanita itu dengan baik.

Pelajar: Mengapa ustaz?

Ustaz: Kamu telah melakukan zina hati. Walaupun kamu berdua tidak seperti pasangan couple yang lain, namun hati kamu saling mengingati antara satu sama lain. Padahal kita hendaklah meletakkan Allah di dalam hati sebagai kekasih yang sejati. Hal ini akan menjadikan kamu syirik kepada-Nya. Bagaimanakah pasangan hidup yang kamu idamkan?

Pelajar: Saya ingin wanita yang solehah.

Ustaz: Sudah semestinya. Saya bimbang jika wanita itu bukan jodohmu, maka dia  bukanlah bakal isterimu. Jadi, tidakkah kamu berasa bersalah mencintai wanita yang bukan menjadi suri hidupmu kelak? Bagaimanakah perasaanmu jika ada lelaki lain yang mencintai isterimu selain kamu? Eloklah jika kamu kembali kepada-Nya kerana ajal maut dan jodoh pertemuan di tangan Tuhan. Sekiranya kamu jatuh hati pada seseorang, berdoalah kepada Allah supaya hatimu tidak lalai daripada mengingati-Nya.


Kesimpulannya, para remaja yang sedang mabuk di ulik dek percintaan haruslah bangkit dan sedar akan kekhilafan yang telah kita lakukan. Human make mistakes,right? Jadi,jangan terburu-buru menyalahkan diri sendiri atas percaturan cinta yang telah tersasar. Remember that, cinta yang kekal abadi, cinta yang hakiki, cinta yang murni..hanyalah CINTA ILAHI..


JENIS MAKANAN

Rupanya tanpa kita sedari, dalam makanan yang kita makan sehari-hari, kita
tak boleh makan sembarangan. Hal ini akan menyebabkan terjadinya berbagai-bagai jenis penyakit. Antaranya penyakit kencing manis, lumpuh, sakit jantung, keracunan makanan dan sebagainya.
Hal ini juga merupakan diet Rasullulah SAW. Ustaz Abdullah Mahmood mengungkapkan bahawa Rasullulah SAW tidak pernah sakit perut sepanjang hayatnya kerana pandai menjaga makanannya seharian. InsyaAllah sekiranya anda mengikuti diet Rasullullah ini, anda tidak akan menderita sakit perut ataupun keracunan makanan.
  1. Jangan makan SUSU bersama  DAGING
  2. Jangan makan DAGING bersama IKAN
  3. Jangan makan IKAN bersama SUSU
  4. Jangan makan AYAM bersama SUSU
  5. Jangan makan IKAN bersama TELUR
  6. Jangan makan IKAN bersama DAUN SALAD
  7. Jangan makan SUSU bersama CUKA
  8. Jangan makan BUAH bersama SUSU cth: KOKTEL

 nampak sodap aje kan.. ^^
CARA MAKAN
  • JANGAN MAKAN BUAH SETELAH MAKAN NASI , SEBALIKNYA MAKANLAH BUAH TERLEBIH DAHULU, BARU MAKAN NASI
  • TIDUR 1 JAM SETELAH MAKAN TENGAH HARI
  • JANGAN SESEKALI TINGGAL MAKAN MALAM . BARANG SIAPA YG TINGGAL MAKAN MALAM  DIA AKAN DIMAKAN USIA DAN KOLESTEROL DALAM BADAN AKAN BERGANDA.
· Nampak memang sulit.. tapi, kalau tak percaya... cubalah.....
· Pengaruhnya tidak dalam jangka pendek....  Akan berpengaruh apabila kita sudah tua nanti.
  · Dalam kitab juga melarang kita makan makanan darat bercampur dengan makanan laut.
· Nabi pernah mencegah kita makan ikan bersama susu. kerana akan cepat mendapat penyakit. Ini terbukti  oleh ilmuwan yang menemukan bahawa dalam daging ayam mengandung ion, sedangkan dalam ikan mengandung ion. Jika dalam makanan kita ayam bercampur dengan ikan maka akan terjadi reaksi biokimia yang akan dapat merosak usus kita.

Al-Quran juga mengajarkan kita menjaga kesihatan spt membuat amalan antara lain:
 · Mandi Pagi sebelum subuh, sekurang kurangnya sejam sebelum matahari terbit. Air sejuk yang meresap kedalam badan dapat mengurangkan penimbunan lemak. Kita boleh saksikan orang yang mandi pagi kebanyakan badan tak gemuk. 
· Rasulullah mengamalkan minum segelas air sejuk (bukan air ais)
   setiap pagi. Mujarabnya Insya Allah jauh dari penyakit (susah mendapat sakit).
 
· Waktu sembahyang subuh disunatkan kita bertafakur (iaitu sujud sekurang kurangnya seminit setelah membaca doa). Kita akan terhindar daripada sakit kepala atau migrain. Ini terbukti oleh para ilmuwan yang membuat kajian kenapa dalam sehari perlu kita sujud. Ahli-ahli sains telah menemui beberapa milimeter ruang udara dalam saluran darah di kepala yg tidak dipenuhi darah. Dengan bersujud maka darah akan mengalir ke ruang tersebut.
Nabi juga mengajar kita makan dengan tangan dan bila habis hendaklah menjilat jari. Begitu juga ahli saintis telah menemukan bahawa enzyme banyak terkandung di celah jari jari, iaitu 10 kali ganda terdapat dalam air liur. (enzyme sejenis alat percerna makanan) Wassalam...Sama-samalah kita mengamalkannya....
Wallahua'lam
Sabda nabi, Ilmu itu milik Allah, barang siapa menyebarkan ilmu demi  
     kebaikan insya Allah... Allah akan menggandakan 10 kali kepadanya.

ORANG KATA AKU LAHIR DARI PERUT MAK

Orang kata aku lahir dari perut mak..  
(bukan orang kata...memang betul)        
 
Bila dahaga, yang susukan aku.... mak                               
Bila lapar, yang suapkan aku.... mak                                
Bila keseorangan, yang sentiasa di sampingku.. .. mak                     
Kata mak, perkataan pertama yang aku sebut.... Mak
Bila bangun tidur, aku cari.... mak                               
Bila nangis, orang pertama yang datang .... mak                          
Bila nak bermanja, aku dekati.... mak                              
Bila nak bergesel, aku duduk sebelah.... mak
Bila sedih, yang boleh memujukku hanya.... mak                          
Bila nakal, yang memarahi aku.... mak                             
Bila merajuk, yang memujukku cuma.... mak                           
Bila melakukan kesalahan, yang paling cepat marah.... mak                   
Bila takut, yang tenangkan aku.... mak                              
Bila nak peluk, yang aku suka peluk.... mak                           
Aku selalu teringatkan .... mak                                  
Bila sedih, aku mesti telefon.... mak                              
Bila seronok, orang pertama aku nak beritahu..... mak                        
Bila bengang.. aku suka luah pada.. mak                             
Bila takut, aku selalu panggil... "mmaaakkkk!"                           
Bila sakit, orang paling risau adalah.... mak                          
Bila nak exam, orang paling sibuk juga.... mak                          
Bila buat hal, yang marah aku dulu.... mak                            
Bila ada masalah, yang paling risau.... mak                           
Yang masih peluk dan cium aku sampai hari ni.. mak                       
Yang selalu masak makanan kegemaranku.... mak
Kalau balik ke kampung, yang selalu bekalkan ulam & lauk pauk..... mak              
Yang selalu simpan dan kemaskan barang-barang aku.... mak
Yang selalu berleter kat aku... mak                                
Yang selalu puji aku.... mak                                    
Yang selalu nasihat aku.... mak                                  
Bila nak kahwin..Orang pertama aku tunjuk dan rujuk..... mak
Aku ada pasangan hidup sendiri....        
                         
Bila seronok, aku cari....pasanganku                              
Bila sedih, aku cari.... mak  
Bila berjaya, aku ceritakan pada....pasanganku                         
Bila gagal, aku ceritakan pada.... mak                               
Bila bahagia, aku peluk erat....pasanganku                             
Bila berduka, aku peluk erat....emakku
Bila nak bercuti, aku bawa....pasanganku                           
Bila sibuk, aku hantar anak ke rumah.... mak  
Bila sambut valentine.. Aku bagi hadiah pada pasanganku                    
Bila sambut hari ibu...aku cuma dapat ucapkan “Selamat Hari Ibu”
Selalu.. aku ingat pasanganku  
Selalu.. mak ingat kat aku
Bila-bila... aku akan telefon pasanganku  
Entah bila... aku nak telefon mak
Selalu...aku belikan hadiah untuk pasanganku                         
Entah bila... aku nak belikan hadiah untuk emak       
                 
Renungkan:  
"Kalau kau sudah habis belajar dan berkerja... bolehkah kau kirim wang untuk mak?       
mak bukan nak banyak... lima puluh ringgit sebulan pun cukuplah".                
Berderai air mata jika kita mendengarnya........    
                   
Tapi kalau mak sudah tiada..... .....  
MAKKKKK...RINDU MAK.... RINDU SANGAT....         
    
Berapa ramai yang sanggup   menyuapkan ibunya....  
berapa ramai yang sanggup   mencuci muntah ibunya.....  
berapa ramai yang sanggup   mengantikan lampin ibunya.....  
berapa ramai yang sanggup   membersihkan najis ibunya.......  
berapa ramai yang sanggup   membuang ulat dan membersihkan luka kudis ibunya....    
berapa ramai yang sanggup  berhenti kerja untuk menjaga ibunya.....  
dan akhir sekali  berapa ramai yang   sembahyang JENAZAH ibunya......  
Seorang anak mendapatkan ibunya yang sedang sibuk menyediakan makan malam di dapur lalu menghulurkan sekeping kertas yang bertulis sesuatu. Si ibu segera mengesatkan tangan di apron menyambut kertas yang dihulurkan oleh si anak lalu membacanya.Kos upah membantu ibu:  
1) Tolong pergi kedai : RM4.00
2) Tolong jaga adik : RM4..00
3) Tolong buang sampah : RM1.00
4) Tolong kemas bilik : RM2.00
5) Tolong siram bunga : RM3.00
6) Tolong sapu sampah : RM3.00
Jumlah : RM17.00   

Selesai membaca, si ibu tersenyum memandang si anak sambil sesuatu berlegar-legar si mindanya. Si ibu mencapai sebatang pen dan menulis sesuatu di belakang kertas yang sama.  
1) Kos mengandungkanmu selama 9 bulan-PERCUMA
2) Kos berjaga malam kerana menjagamu-PERCUMA
3) Kos air mata yang menitis keranamu-PERCUMA
4) Kos kerunsingan kerana bimbangkanmu-PERCUMA
5) Kos menyediakan makan minum, pakaian, dan keperluanmu-PERCUMA
Jumlah Keseluruhan Nilai Kasihku-PERCUMA

Air mata si anak berlinang setelah membaca apa yang dituliskan oleh siibu. Si anak menatap wajah ibu,memeluknya dan berkata,  
"Saya Sayangkan Ibu".   Kemudian si anak mengambil pen dan menulis "Telah Dibayar" pada mukasurat yang sama ditulisnya. 

 Bayangkan jika wanita ini adalah kamu.. Apakah yg kamu rasakan??