Friday 3 May 2013

MUST HAVE THEM!



Assalamualaikum

Sebelum sampai expired date voucher buku, so ape lagi.. Copat2lah eden beli buku yang menjadi idaman hati. Sebenaqnya byk lagi yg eden nk beli tapi alat2 tulis pon harus dibeli, kan.. hew..hew.. Jom layan:



Novel 'Kala Cinta dan Wahyu Bersatu' oleh Ustaz Ubaidillah :)
Novel ini diadaptasikan sebagai cerita di TV al-hijrah dan ia merupakan kesinambungan cerita 'Warkah Cinta Berbau Syurga'


Buku 'Gangguan Jin' oleh Ustaz Sharhan :)
Isi kandungan buku ini sangat menarik. Banyak menceritakan tentang maksud sihir, saka dan sebagainya. Malah ada juga diceritakan tentang cara dan sebab terkena gangguan makhluk halus. Tambahan pula, segala cerita mistik tentang kehilangan Balqis yang dikatakan disorok jin di Jerteh, Besut Terengganu terbongkar di dalam buku ini. Jadi, ape yg kome tgk lagi? Poi MPH dan dapatkannya skrg!


SYAHDU HATI


Aku leka melihat ke arah luar komuter. Bibir aku terkunci rapat sedangkan terlalu banyak cerita yang ingin diluahkan pada Hani. Ya! Hani. Dia seorang yang peramah dan suka mengambil berat terhadap aku.

“Farhana.. Kenapa ni? Macam ada masalah je?” Tiba-tiba Hani menyapa aku.
Aku hanya mengeluh panjang dan melemparkan senyuman ke arah Hani.
            “Tak payah berlakon la depan aku. Aku tau kau ada masalah. Share la dengan aku. Mana tau aku boleh tolong.” Hani memegang erat tangan aku.

Tanpa aku sedari, mutiara jernih mengalir ke pipi. Dadaku sebak. Lantas aku menundukkan pandangan supaya orang ramai tidak menyedari kehadiran tangisanku. Hangat pelukan Hani menyelubungi diri lantas memujukku bertenang.
             “Aku rasa aku tau apa masalah kau. Tak apa. Take your time.” Sambung Hani.

Putih-putih melati
Merah-merah delima
Siapa yang baik hati
Pastiku terima

“Farhana! Ada call!” Jerit Zila.
Aku meluru ke arah telefon bimbitku di ruang tamu.
“Eh, ni bukan call la Zila. Mesej je.” Balas aku.

Rupa-rupanya Fatin yang menghantar mesej kepadaku. Dia sekadar bertanyakan khabar. Aku menyambut salamnya dan menceritakan keadaan aku. Tiada apa-apa yang luar biasa sehingga Fatin memberitahuku suatu berita.

‘Farhana, aku nak kau tau pasal Syah.’
‘Kenapa? Syah dah bertunang ke?’ Mesejku hanya berbaur gurauan.
‘Ha’ah. Dia dah bertunang.. Guess who?’

Jantung aku berdegup kencang. Aku masih lagi dapat mengawal perasan walaupun berjuta-juta perdebatan berada di kotak fikiran.

‘Kak Umai ea?’
‘Wrong. Guess again.’
‘Em, Suryani ke?’
‘Salah jugak. Ala, kau kenal la pompuan tu. Kawan baik aku, kawan baik kau jugak.’

Aku terkedu. Tiba-tiba sahaja aku menjadi sebak. Tak mungkin! Tak mungkin! Tanganku menggigil. Tidak dapatku menyeka butiran jernih yang mula mengalir di pipi. Namun, aku sedaya menahan perasaan.

‘Owh, Reena kan?’
‘Yes. Tepat sekali! Aku bukan tak nak inform kau pasal ni tapi aku perlukan masa dan cara macam mana nak bagitau kau. Kau kawan aku, Reen pun kawan aku. Aku nak jaga perasaan kedua-dua belah pihak. Syah pun kawan aku. Tapi, semua ni berlaku begitu cepat. Aku pun baru je tau. Aku harap kau tak sedih. Jangan nangis ea..’
‘Eh, tak ade la. Kenapa aku perlu rasa sedih pulak. Aku tak layak dengan Syah, kau pun tahu kan. Aku ok je.’

Penipu. Ya!  Aku memang penipu. Aku tipu Fatin, aku tipu perasaan aku sendiri. Kononnya aku tabah tapi mengapa semakin rancak mutiara jernih mengalir ke pipi? Pada malam itu, lenaku diringi tangisan yang syahdu.

“ Kau dah ready ke nak bagitau aku pasal masalah kau tadi?”

Aku tersedar daripada lamunanku. Rupa-rupanya aku masih berada dalam dakapan Hani. Komuter yang kami naiki masih lagi menghala ke destinasi. Perlahan-lahan aku leraikan pelukan itu.

“Aku kecewa. Aku kesal. Aku sedih. Aku sakit hati. Aku tertipu, Hani.”
“Kenapa? Kau benci Syah? Atau kau benci Reen?”
“Tak. Aku tak pernah benci diorang. Malah, aku rasa gembira atas pertunangan tu.”
“So, kenapa kau rasa kecewa, kesal, sedih, sakit hati dan tertipu?”
“Semua tu aku tujukan pada diri aku sendiri. Aku kecewa dan kesal dengan penantian aku terhadap Syah, sia-sia saja. So, aku rasa sedih dan sakit hati dengan kebodohan aku ni. Aku tertipu dengan bisikan hati yang menyatakan Syah adalah bakal imam aku. Padahal ajal, maut, jodoh pertemuan tu ditentukan oleh Allah S.W.T.”
“Bersabarlah Farhana. Sesungguhnya keimanan kau sedang diuji. Jangan mudah mengalah. Istikarahlah. Mungkin ada yang lebih baik untuk kau kelak. Kau tak tahu. Aku tak tahu. Orang yang dalam komuter ni pun tak tahu. Hanya Allah je yang tahu siapa si dia yang bertuah dapat jadi bakal imam kau. Jangan sedih ea..”
“Terima kasih Hani.”

Musnahlah segala penantianku terhadap Syah yang bermula sejak kami sama-sama belajar di asasi pada semester pertama lagi sehinggalah kami melanjutkan pelajaran di peringkat ijazah. Mungkin mudah bagi sesetengah insan untuk melupakan sesuatu perkara dalam hidup mereka tetapi tidak bagi aku. Mungkin terdapat kekurangan pada diri aku. Atau mungkin bukan jodoh. Mungkin...

Sunday 3 February 2013

KEKURANGAN ITU KELEBIHAN

Assalamualaikum

Siapa bilang kekurangan pada seseorang itu suatu kelemahan?
Jujur aku katakan, kekurangan pada diri seseorang itu akan menyebabkan dia lebih patuh pada perintah Allah which means ia suatu kelebihan padanya. 
Terdapat satu sesi dialog antara aku dan sahabat....

Farha: Cantik Nealofa nie. Patut lah ramai orang suka dy..

Nabilla: Farha, dia memang cantik tp sayang sebab dy xtahu bersyukur dengan kelebihan yg dy ada. Buktinya, dy xtutup aurat. Kita ni patut bersyukur, Allah xjadikan kita secantik Nealofa sebab Allah nak kita patuh pada perintahNya. Buktinya, kita tutup aib kita. Ye dok??

Farha: Betul3 (upin ipin)


Wahai wanita muslimah bersyukurlah dengan kekurangan yang Allah telah berikan kepada kamu kerana dengan kekurangan itu, kamu telah patuh pada perintahNya.



Semoga suatu hari nanti, akak Nealofa diberikan taufik dan hidayah supaya pintu hatinya terbuka untuk menutup aurat dengan sempurna in shaa Allah. 
Amin.. :)


P/s: Jangan sesekali guna alasan "kalau pakai tudung xsemestinya hati dia baik", "saya xdapat hidayah lagi" and etc.. tgk youtube, type ceramah USTAZ AZHAR IDRUS. Baru uols faham in shaa Allah.

Peace no war ^^

KALI KEDUA DI PERAK

Assalamualaikum

Telah berlangsungnya program Momen Anak Angkat & Sehati Fasilitator ke-3 di Bagan Datoh, Perak pada 22-28 Januari 2013 anjuran KEFAJAR (Kelab Fasilitator Pelajar) UiTM Shah Alam bersama-sama TESL.

Hafiyy, adik angkat aku. Penuh gaya gittew


Tumbang lembu kat Masjid Kecil


Nadia, adik angkat aku jgk. 


Habib memberi arahan kepada kanak2 yang menyertai pertandingan dalam sukaneka :)


Sebelum bertolak ke destinasi untuk melakukan kerja amal, sempat lagi pose maut kat tengah jalan :)

VIDEO FOR GAZA


Ingatkan interview about Gaza je, rupe2nye 1 UNIMAS tengok tayangan nie. Bile da di uploadkan kat youtube, 1 dunia pon boleh tengok.. huhu.. tp alhamdulillah, benda baik.. kerja amal in shaa Allah :)

"WE SUPPORT MY GAZA MISSION"  :)

Wednesday 30 May 2012

Mood Exam XD


assalamualaikum..

Semua pelajar di IPT tengah struggle for final. photo atas nie formula for intergration and differentiation for trigonometric function in calculus. Best of luck sahabat! InsyaAllah, man jadda wajada :)

Friday 25 May 2012

COUPLES LAKONAN?

Kenal tak siapa nie?



Yes! Correct class!

Ustazah Fatimah Syarha and her beloved husband, Dr. Farhan Hadi

Aku nak share syarahan ustazah yang kurang lebih macam ni...

"Sepanjang kamu berpacaran dengan teman lelaki kamu, kamu tidak akan pernah mengenali dia yang sebenar-benarnya. Perkara yang kamu kenal sepanjang hubungan itu adalah LAKONAN nya. Jadi, disini kamu sudah membazirkan masa untuk menonton segala lakonannya yang tiada kesudahan. Jadi lebih baik kamu kahwin supaya kamu dapat kenal perwatakannya yang sebenar-benarnya.

Contohnya, ketika kamu berpacaran, dia akan bawa kamu keluar bersiar-siar dating  , pegang tangan kamu, makan bersama dan sebagainya. Namun, selepas kahwin sudah berbeza perwatakan dia berbanding sebelumnya. Kalau kamu perasan, itulah lakonannya sebelum kahwin yang telah kamu saksikan dan segala lakonannya terbongkar selepas kahwin. 

Jadi, kamu mahu jadi lembu dicucuk dihidung untuk melihat segala lakonannya? Kahwin adalah solusi terbaik untuk elakkan lakonannya dan sekali gus elakkan zina."

Sekian, tq. :)