Kini aku telah menjadi seorang isteri pada usia yang agak muda. Ya isteri! Perkahwinanku berlangsung dalam sekelip mata. Tidak pernahku kenal hati budi si suami sebelum ini. Pada pandanganku, dia seorang anak yang alim. Kejadian di bawah berlaku dalam tempoh seminggu selepas aku bernikah:
Aku mengajak suamiku untuk keluar ‘shopping’. So, aku bersiap-siaplah utk ke sana. Alang-alang aku make-up cantik-cantik ni, biarlah ada yang puji kan? So,aku sengaja tanya suamiku tentang rupaku.

Aku: Abang, cantik tak saya pakai make-up ni?
Suami: Tak. Abang tengok macam nak pegi world cup je. Sapu make-up tu.
Dengan selamba dia komen. Memang menusuk kata-katanya bagai anak panah yang sesat terkena tepat pada jantung aku. Aku mencebik lalu menyapu dan menanggalkan make-up tadi, just pakai bedak asas je.

Sampai je kat mall, aku terus menarik tangan suamiku untuk ke kedai barangan kemas. Dia membutangkan mata sebab terkejut dengan tindakan aku yang tetibe je.
Aku: Abang, cantiklah rantai ni. Gelang ni pun cantik. Wah! Cantiknya cincin ni!! Abang, belikanlah ya? (aku buat muka kesian)
Abang: tak payah lah.
Amboi! Simple present tense jawapan dia. Aku ni excited bagai nak rak tengok intan,belian tu. Hati kecil aku bagai menjerit-jerit ingin memberontak. Tapi aku bukan jenis yang suka melawan cakap suami. Sabar.. sabar..

 Dia mengajakku keluar dari kedai tu. Sedang mata aku melilau-lilau melihat suasana sekeliling, tiba-tiba.. aku baru perasan bahawa aku sedang berjalan seorang diri. Suamiku dah menghilang entah ke mana. Aku membebel seorang diri. Aku terus call dia.
Aku: Hello, assalamualaikum. Abang kat mana tu?
Abang: waalaikumussalam. Abang nak cari barang sikit ni. Kan abang dah bagitau tadi? Tak perasan ke? Abang dah letak RM300 dalam handbag intan tadi. Try check, ada tak. Belilah barang-barang dapur, abang tak tahu sangat nak beli apa ni.

Ya Allah! Aku tak perasan pun tadi. Rm300 pun jadilah, asalkan dapat beli barang dapur. Tapi geram juga aku. Senang2 je dia tinggalkan aku sorang2 beli barang-barang dapur.. huh! Isteri mana tak mengomel?!
Setelah sampai di rumah, aku segera menyediakan lunch untuk suami. Aku bersungguh-sungguh memasak lauk-pauk semata-mata nak kan pujian daripada suamiku. Dalam masa 30 minit, aku sudah siap memasak lalu menghidangkannya di atas meja makan.

Aku: Bang, makanlah. Saya masak sotong masak pedas. Masak lemak cili padi..bla..bla..

Lalu suamiku segera menerpa ke arah nasi. Dia makan begitu lahap sekali. Tapi hatiku masih belum puas sebab belum mendapat sebarang pujian daripadanya. Takkanlah tak sedap? Pedas ke? Tawar ke? Masin ke? Tak cakap apa-apa pun. Geram betul rasanya..

Siang berganti malam. Kebiasaannya, kami akan menunaikan solat maghrib dan isya’ berjemaah. Setelah selesai solat isya’, aku bingkas bangun dan meletakkan telekung di penjuru katil. Aku menarik muka masam.

Suami: kenapa ni? Masam je muka?
Aku: tak ada apa-apa.

Suami: beritahulah abang kalau ada masalah.
Belum sempat aku berkata-kata, setitik mutiara jernih menapak di pipi. Jiwa dan perasaan aku sangat sensitif kalau aku berasa sakit hati dengan sesuatu perkara lebih-lebih lagi kalau teringatkan peristiwa tadi. Lantas suamiku memelukku. Sepertinya dia tahu apa yang aku sedang fikirkan. Belum sempat aku membuka kata, dia terlebih dahulu meminta maaf padaku.

Suami: abang minta maaf kalau abang ada buat salah.
Aku: abang tak buat salah apa-apa. Mungkin Intan je yang sensitive sikit.
Suami: beritahulah abang, apa yang terbuku kat hati Intan tu.

Aku: pagi tadi, abang cakap saya tak cantik kalau pakai mekap. Lepas tu, time kat mall, abang tinggalkan saya sendirian untuk beli barangan dapur. Masa lunch pulak, abang makan je sampai habis tapi saya sangat berharap kalau-kalau ada kata-kata pujian yang keluar dari mulut abang. Malangnya, abang tak cakap apa-apa pun.

Suami: maafkan abang kalau semua itu yang membuatkan hati Intan terguris. Sebenarnya abang tak mahu kecantikkan isteri abang terserlah semata-mata kerana make- up tu. Bagi abang, Intanlah wanita yang paling cantik dengan keaslian wajahnya. Tak perlu make-up2 ni. Then, abang terpaksa tinggalkan Intan semasa kat mall tadi sebab abang nak belikan rantai yang Intan mintak kat kedai barang2 kemas tu. Abang nak sorokkan dari Intan sebab nak buat surprise, barulah romantik kan. Pasal makan tadi, memang sedap lauk-pauk yang Intan masak sampai abang tak dapat nak berkata-kata. Abang makan habis tadi siap tambah sepinggan lagi nasi.

Ya Allah. Ampunkanlah dosaku yang selama ini terlalu serkap jarang terhadap suami sendiri padahal ada hikmahnya. Astaghfirullah al-azim.