Thursday 16 June 2011

MAHAR CINTA

“Ani tak bersedia lagi mak. Ani tak mau dikecewakan lagi. Please!” rayu Dahnia. Mutiara jernih gugur di pipinya namun sempat diseka Dahnia. Memang kelat rasa air liurnya untuk ditelan melihat wajah Puan Zahnita yang mencuka itu. 
Suka sangat merajuk! Aku tak boleh kalah dengan pujuk rayu mak! Aku tak mahu sehidup semati dengan jejaka bukan pilihan sendiri!

Kau nak jadi anak derhakakah?! Dia ibu kamu. Tidak kasihankah kau?! Syurga terletak di telapak kaki ibu. Mau kau macam ni, neraka jahanamlah tempatnya! Seakan terdengar bisikan halus yang bertepuk-tepuk di cuping telinganya. 

“Sampai bila Ani nak bersedia? Jangan sampai mak sudah tutup mata baru Ani nak menyesal” ujar Puan Zahnita berbaur ugutan.
“Tapi..”
“Tak payah bertapi-tapi. Mak tahu, kau masih ada hati dengan Faris kan? Dia sudah kahwin, Ani. Sedarlah sikit!” serkap jarang Puan Zahnita mengena. 

Dahnia tertunduk. Tiba-tiba terasa hangat badan Dahnia menyelimut dirinya. Sedar tak sedar, Dahnia sudah berada dalam pelukan kasih Puan Zahnita. Kehangatan kasih sayang yang menyelubungi diri Dahnia membuatkan dirinya hampir menyerah. Akhirnya Dahnia tewas.

“Sayang”

Kedengaran suara garau dari belakang menyebabkan Dahnia tersentak daripada lamunannya. Suara Faizal. Ya! Faizal. Lelaki yang tidak pernah dicintai yang kini menemani hidupnya. Semuanya salah aku! Bodoh sangat termakan rayuan mak! Nak sangat jodohkan aku dengan anak sahabat akrabnya. Tiba-tiba aku teringat akan nasihat Ustazah Kamsiah.

“Hidup ni, kita tak boleh expect tau. Anything can happen. Sebab itulah kita sebagai umat islam perlu beriman dengan Qada’ dan Qadarnya supaya lebih redha menjalani ujian hidup. Setiap perjalanan hidup ini sudah ditentukan Allah. InsyaAllah ada hikmah di sebalik kejadian yang menimpa diri” ulasan Ustazah Kamsiah yang melebar itu masih terngiang-ngiang di ruang sudut fikirannya.

“Ayang!” ujar Faizal separuh menjerit. Dahnia tersentak dari lamunan buat kedua kali. Matanya terkebil-kebil melihat suaminya. 

“Malam esok kita akan bertolak ke rumah kawan baik abang. Ada majlis kesyukuran”

Dahnia berkira-kira mahu menolak ajakan suaminya. Teringatkan dia akan bersendirian di rumah jika menolak, terpaksalah Dahnia mengangguk perlahan-lahan. Tiada senyuman terukir. Alat kawalan jauh di hadapan Dahnia dicapai pantas. Berulang-ulang kali butang pada alat kawalan jauh ditekan memilih siaran yang belum pasti. Terasa dirinya diperhatikan lantas Dahnia mengerling ke arah Faizal. Serta-merta mereka bersabung pandang. Wajah Dahnia berubah merah. Terasa hangat sekali darah yang mengalir di badan.

“Kenapa abang pandang macam tu?” Dahnia mencebik.

“Suka hati abang lah. Ani kan isteri abang.” Faizal tersenyum nakal.

“Abang!”

“Kenapa? Tak suka abang pandang? Biarlah abang nak tengok isteri abang yang cantik ni.” Faizal merenung tepat ke arah lirikan mata berwarna coklat sedikit pekat.
 Dahnia tertunduk malu. Memang Dahnia isteri abang. Tapi hati Dahnia bukan untuk abang. Maafkan Dahnia. Keluh hati kecilnya.
....................................................................................................................................................................
Ramai tetamu yang hadir pada majlis kesyukuran. Pemandangan air terjun buatan menyerikan suasana. Taman mini di halaman rumah menjadi tarikan tetamu untuk menjamu mata dengan keunikan ukiran kerusi kayu. Kelihatan sepasang penyambut tetamu berdiri bertentangan taman mini. Masing-masing mengukir senyuman ceria. Faizal memberikan salam sebelum berpelukan dengan seorang lelaki di hadapannya.

“Waalaikumussalam”

Dahnia tersentak. Terasa berderau darah yang mengalir. Jantung berdegup kencang. Dahnia membutangkan mata apabila melihat raut wajah yang di cintai, di sayangi sekian lamanya muncul di hadapan. Terasa kelat sekali Dahnia meneguk air liurnya.

“Perkenalkan ini isteri saya, Dahnia. Dahnia, ini sahabat akrab abang, Faris” ujar Faizal melemparkan senyuman.
Dahnia segera mengangguk bagaikan baharu pertama kali berkenalan dengan Faris. Senyuman yang terukir di bibirnya tiada keikhlasan.

“Abang dah tak cinta Ani lagi?!” Dahnia separuh menjerit. Mutiara jernih yang mengalir dari kolam mata tiada dihiraukan lagi.
“Abang masih cintakan Ani” pengakuan berani Faris.
“Habis tu abang nak biarkan lelaki lain yang meragut kebahagiaan kita?! Abang kejam!”
“Abang tak mahu rosakkan kebahagiaan Ani bersama Faizal. Abang tak mahu tanggung dosa besar gara-gara merobohkan masjid. Abang pun dah beristeri.” Suara Faris mendatar.
“Ani boleh minta fasakh!”

Terjegil mata Faris mendengar ungkapan spontan Dahnia. Kaget dengan rancangan Dahnia yang terburu-buru.

“Jangan jadi bodoh! Istighfar Ani. Kita dah tak ada jodoh. Terimalah takdir Allah ini. Mungkin abang bukan suami yang baik untuk Ani. Faizal lebih berhak. Sayangilah dia! Abang akan cuba hapuskan perasaan sayang abang terhadap Ani. Kita sama-sama berusaha! Kasihanlah Khalidah. Dia pun sudah berbadan dua. ”panjang lebar  Faris membangkang keputusan Dahnia.

“Sayang”

Dahnia tersentak. Kabur terus peristiwa lama yang mengganggu ingatan. Jari-jemari Faizal menyulam mesra tangan Dahnia. Bagaikan lembu dicucuk di hidung, Dahnia mengorak langkah perlahan-lahan bersama Faizal menuju ke ruang kamar.

“Eii..Comelnya baby boy ni” Faizal tersenyum melihat gelagat bayi di pangkuannya.
“Habis, kau tu bila lagi?” Faris berseloroh.

Faizal mengeluh panjang sebelum menjungkitkan bahu. Nak timang anak? Jauh panggang dari api. Hampir tiga bulan bersama namun hak mereka sebagai pasangan suami isteri tidak pernah terlaksana. Semuanya kerana Dahnia yang belum bersedia. Faizal pula tidak pernah memaksa.
....................................................................................................................................................................

 Dahnia merebahkan tubuh lesunya di atas katil. Matanya sengaja dipejam rapat berpura-pura tidur. Dia tidak mahu Faizal membuka bicara. Malas Dahnia untuk melayan karenah suaminya. Fikirannya kacau! Semuanya kerana Faris! Kuyup pipinya dibasahi air mata. Esakkan kecil Dahnia kedengaran di gegendang telinga Faizal lantas bangkit menghampirinya.

“Kenapa ni sayang?”ujar Faizal manja. Rambut ikal mayang isterinya diusap-usap lembut. Belaian manja Faizal segera ditepis. Faizal terkesima.
“Ani tak pernah sayangkan abang! Jangan bersayang-sayang dengan Ani.”
“Tapi abang cintakan Ani”
“Itu kata abang. Kata Ani?! Perasaan sayang dalam diri Ani tak pernah wujud untuk abang!”

Faizal tersentak. Habis, untuk siapa cinta dan kasih kau tu?! Faizal mengancingkan gigi. Segalanya sudah terbongkar setelah Faris menceritakan kisah silamnya bersama Dahnia sebagai pasangan kekasih sebelum Faizal menikahi Dahnia. Nasib baik aku hadirkan diri ke majlis kesyukuran tadi. Kalau tidak, sampai mati pun aku tak akan tahu fasal ni!

“Perasaan cinta kau tu hanya untuk Faris aje kan?!” Faizal mula meninggikan suara.

Dahnia terdiam.Berderau darahnya. Inilah kali pertama Faizal berkau aku dengannya.Nada suaranya yang kasar menggari Dahnia dengan perasaan takut. Pandangannya dialihkan ke suatu sudut yang lain. Dia tidak memberanikan diri untuk bertentang mata dengan Faizal.

“Betul cakap kau. Perasaan sayang kau memang  tak pernah wujud untuk aku. Kalau aku mati sekalipun, kau tak akan peduli kan?! Baiklah..” sambung Faizal. Kunci kereta Toyota camry segera dicapai di atas meja hujung sudut katil.

Keretanya laju memecut keluar. Kepala Faizal menggerutu! Hiba perasaan Dahnia semakin bergelora. Tomahan Faizal bagaikan menampar-nampar cuping telinganya. Hati Dahnia dipercik rasa walang yang bertali arus. Hasratnya untuk mencontohi Siti Khadijah binti Khuwailid, isteri kesayangan Nabi Muhammad S.A.W sehingga dicemburui Siti Aisyah punah-ranah. Kau menderhaka kepada suami! Kau tak layak menghidu wangian syurga! Bisikan itu meremuk-redamkan lagi hati Dahnia yang lara. Dalam tidak sedar, Dahnia terlena diiringi sedu-sedannya.
....................................................................................................................................................................

Kring!! Kring!! Dahnia dikejutkan dengan deringan telefon rumah. Segera Dahnia bangkit berlari-lari anak meluru ke arah ruang tamu.

“Assalamualaikum.”
“Waalaikumussalam. Faris?” Dahnia segera tertangkap suara garau di talian.
 “Khalidah dan saya akan datang menjemput Ani pukul 9.00 pagi nanti.” ujar Faris. Suaranya dikawal bersama getaran yang mendebarkan jantung. Tidak sempat Dahnia berbalas bicara, talian telah diputuskan. 

Dada Dahnia berombak kencang. Fikirannya berserabut! Kejadian semalam belum selesai, timbul pula yang baharu. Apa pula kali ini? Dahnia mengetap bibir.
Kelihatan sebuah Toyota supra dipakirkan di halaman rumahnya. Dahnia berdiri di balik dedaun pintu sudah menyarungkan tudung di kepala untuk bertolak pergi. Sesekali Dahnia menjeling ke arah teratak mewahnya yang kelihatan samar-samar hilang daripada pandangan.

“Kita nak ke mana, Faris?”
“Hospital”
Berkerut dahi Dahnia tidak mengerti.
“Faris dan Khalidah nak lawat sesiapa ke?”

Mereka berpandangan sesama sendiri.  Takut-takut diluah mati emak ditelan mati bapa.

“Maafkan kami, Ani. Kami tidak berniat untuk merahsiakan daripada Ani.” Faris spontan bersuara.
“Rahsiakan apa?” soal Dahnia semakin tidak mengerti.
“Semalam Faizal kemalangan. Dia..” 

Suara Faris terhenti apabila Khalidah tiba-tiba merangkul lengannya melontarkan isyarat. Berkaca-kaca mata kuyu Dahnia membendung air jernih yang ingin meleleh keluar dari kelopak mata. Dahnia mengetap bibir. Dia masih dihantui rasa bersalah. Maafkan Ani, abang! Getus hatinya.

Dahnia berjalan mundar-mandir di hadapan pintu wad kecemasan. Dia berasa tidak selesa apabila melabuhkan punggungnya di atas kerusi. Rasa tidak tenang terus mencengkam dirinya walaupun ingin berdiri statik di suatu sudut.Hatinya gelisah. Faris dan Khalidah turut sama membisu. Masing-masing mempamerkan riak kerisauan. Sudah dua jam menanti, benar-benar membuatkan Dahnia mahu sahaja merempuh masuk pintu wad itu. Perasaan ingin tahu perkembangan suaminya membuak-buak.

Ya Allah, selamatkanlah Faizal. Janganlah Kau ambil nyawanya sebagaimana Kau telah ambil nyawa kedua-dua ibubapa ku. Doa Dahnia di dalam hati. Sesekali Dahnia melangkah menghampiri pintu wad. Cuba untuk mengintai di celah-celah cermin kecil pada pintu wad namun harapannya meleset. Tiada langsung ruang untuknya melihat situasi di dalam. Dahnia semakin tidak tentu hala. Pandangannya itu dialihkan ke arah Khalida dan Faris yang terus melabuhkan punggung mereka di atas kerusi.

“Kenapa lambat sangat ni, Ida?”
“Bersabarlah Ani. InsyaALLAH nanti ada lah berita. Kuatkan semangat!” dorong Khalida.
....................................................................................................................................................................

Pohon-pohon menghijau memenuhi ruang pada waktu itu. Suasana itu amat menenangkan fikiran Faizal. Di manakah tempat ini? Hati Faizal tertanya-tanya. Setelah berpusing, kelihatan Dahnia sedang melabuhkan punggung disisinya. Bibirnya yang merekah menguntumkan senyuman manis. Faizal membalas senyuman. Terasa menjalar tangan Dahnia merangkul pinggangnya. Kepalanya tersandar di bahu Faizal. Tangan Faizal melingkari erat seluruh bahu Dahnia seolah-olah tidak mahu melepaskannya pergi. Pelukan yang erat tiba-tiba menjadi longgar. Dahnia kelihatan semakin jauh daripada pandangan mata. Faizal kaget.

“Abang”

Faizal tersedar. Kelopak matanya dibuka perlahan. Pandangan yang kabur semakin terang. Melilau matanya pada syiling putih, kini beralih arah pada kelibat tubuh di sisinya. Tangan Dahnia menyimpul kasih pada jari-jemari Faizal. Genggamannya tidak berbalas. Tubuh Faizal terasa lemah.

“Kat mana ni?”
“Abang kat hospital.” Jawab Dahnia tenang.

Faizal membutangkan matanya apabila melihat kedua-dua kakinya berbalut tergantung. Nasib baiklah nyawa Faizal tidak melayang sebaliknya hanya anggota kaki menjadi mangsa.

“Abang mesti banyak berehat. Barulah cepat sembuh. Ani…”
“Ani sayangkan abang?”

Dahnia terdiam. Matanya terkebil-kebil membalas pandangan Faizal. Wajahnya tiba-tiba berubah merah. Dahnia tertunduk.

“Tak apalah kalau Ani tak sayangkan abang. Biarkan abang mat…”

Kata-kata Faizal mati disitu. Jari telunjuk Dahnia yang halus meruncing melekat di bibir Faizal. Dahnia mengeleng perlahan-lahan. Memberi isyarat agar Faizal tidak menyambung percakapannya lagi. Hatinya disapa rasa sebak yang menikam-nikam. Akhirnya air jernih dari kolam matanya mengalir ke wajah.

“Ani tidak mahu kehilangan abang. Cukuplah dengan pemergian mak dan ayah. Ani dah cukup terseksa. Cinta dan sayang pada Faris sudah lenyap dari hati Ani. Percayalah!”
Dahnia tersedu-sedan. Bersungguh-sungguh meluahkan kata-kata. Cupp!! Ada satu ciuman kasih hinggap di dahi Dahnia. Sentuhan itu memaksa Dahnia mengangkat wajahnya memandang Faizal.

“Abang percaya. Tak apalah kalau perasaan sayang Ani belum hadir untuk abang. Kita bercinta! Ani sanggup?”

Bibir Dahnia yang kemerahan menguntumkan senyuman. Dahnia mengangguk. Alhamdulillah Ya Allah! Lestarikanlah simpulan kasih yang terbina ini dengan penuh keimanan.

Saturday 11 June 2011

TOP 9

Assalamualaikum..
Sebagai imam, perlulah seseorang lelaki khususnya untuk menjaga keterampilan dan perwatakan supaya menjadi ikutan para makmumnya.

1. Memahami dan memelihara agama
Hal ini supaya si imam dapat membimbing makmumnya untuk 
sentiasa berada di landasan yang diredhai Allah.


2. Penyayang
Jika terdapat sekelumit sifat belas ini dapat mengeratkan hubungan silaturrahim
sekali gus mengelakkan kezaliman terhadap golongan yang lemah (wanita, kanak-kanak, hamba)


3. Berbakat dan mengaplikasikan kebolehannya
Terkadang bakat yang dianugerahi mereka dapat meluluhkan hati setiap insan yang bergelar wanita 
tidak kiralah bakat menyanyi, berlakon, bertarannum, berhujah, bersukan dan sebagainya.


4. Kemas dan sukakan kebersihan
Bau wangi-wangian dan berpakaian kemas dapat disenangi ramai.
Malah mereka akan lebih selesa berada di kalangan masyarakat.

5. Tidak merokok
Sifat inilah yang paling utama untuk mengelakkan penyakit barah paru-paru, nafas berbau 
dan sebagainya. Biasanya para wanita akan menyamakan lelaki yang merokok sebagai pengotor.
6. Hormat
Sikap saling menghormati dalam diri menyebabkan masyarakat berbaik sangka tidak kiralah tua muda, miskin kaya, berbeza bangsa, agama dan budaya.


7. Pemurah
Suka bersedekah dari semua perkara termasuklah senyuman. 
Hal ini memupuk rasa belas dan kasih terhadap masyarakat sekeliling.


8. Bijak
Si imam perlulah bijak menguruskan keluarga, menguruskan kewangan, menangani masalah dan menjaga perasaan orang lain. Jika mereka seorang yang bijak pandai dalam akademi, itu adalah bonus.



9. Rajin dan istiqamah
Sentiasa ringan tulang untuk membantu atau mencari rezeki. Bagi pelajar, haruslah sentiasa istiqamah 
untuk berusaha sehingga ke puncak dan tidak pernah mengenal erti berputus asa.




Kesemua sembilan ciri yang dibincangkan itu sudah semestinya dimiliki Kekasih Allah, Nabi Muhammad S.A.W malah lebih lagi kerana sememangnya kita sedia maklum bahawa baginda insan yang mulia. Jadi, marilah sama-sama kita sebagai umatnya, mencontohi baginda dan buktikanlah kecintaan kita dengan mengamalkan sunnahnya. Wallahua'lam..




Friday 10 June 2011

AIR MATA CINTA

Pada pagi limun lagi Fadzleen bangkit untuk mengulangkaji pelajaran. “Awalnya kau study, kita bukannya nak exam esok.. Tutuplah lampu tu Fadz.. Aku nak tidur la” bebel Laila sambil menekup mukanya dengan bantal. “Tutup tak tutup.. Aku nie jenis study pagi. Kau kan tahu” balas Fadzleen lalu menuju ke meja bacaannya.
Jam menunjukkan pukul 5.30 pagi. Kedengaran azan subuh bergema memercah sunyi. “ Laila..laila.. Bangun!! Solat subuh.. Bilal dah azan tu” Fadzleen mengangkat bantal yang diterkup oleh Laila tadi. “Alah.. Aku period la. Mana boleh solat” Laila meninggikan suara sambil menerkup kembali bantal tadi ke mukanya. Fadzleen lalu menghala ke bilik air untuk berwudhuk tanpa memaksa Laila kerana yakin dengan alasan yang diberikannya. Setelah solat, Fadzleen meluangkan masa untuk memuji Tuhan di atas tikar sejadahnya sambil menyelak-nyelak halaman kitab suci untuk memperdengarkan bacaan surah Al-Mulk.
Matahari semakin menyinarkan cahayanya untuk menerangi alam. Di samping ramai yang bersyukur dengan nikmat kehidupan mereka pada hari itu, ada juga yang kufur dengan nikmat kurniaannya. Fadzleen dan Laila bersiap-siap untuk menghadiri kuliah. Masing-masing berhias dengan cara yang tersendiri. “ Laila, wanginya bau kau. Perfume apa yang kau guna? Mesti mahal kan?” sindir Fadzleen sambil membetulkan tudung labuhnya itu. Laila hanya mendiamkan diri tanpa menghiraukan rakan sebiliknya itu. “ Actually, kita sebagai perempuan tak boleh memakai wangi-wangian sangat. Kalau setakat nak pakai deodorant tu tak apa, tapi kalau terlampau wangi bahaya tau. Silap-silap ada siswa yang ikut kau balik kolej” Fadzleen tersenyum memberi nasihat yang berbaur gurauan.
Belum sempat Laila berkata-kata, deringan telefon bimbit Fadzleen membantut perbualan mereka. Fadzleen meluru ke arah telefon bimbitnya untuk menjawab panggilan. “ Hello. Assalamualaikum. Maaf mengganggu pagi-pagi ni. Just wanna let u know yang saya telah menerima tawaran ke Mesir untuk melanjutkan pelajaran ke bidang perubatan. Saya keluar kolej hari ni. So, keep in touch. Bye” Fadzleen terpaku mendengar suara seorang lelaki yang memang akrab dengannya. Kenapa aku? Apa specialnya aku? Terdetik di hati kecilnya. “ Sapa yang call tadi?” tanya Laila ingin tahu. Namun, Fadzleen bagaikan disampuk hantu, lidahnya kelu tak dapat berkata-kata. “ Si buah hati ea? Kau ni Fadz selalu macam tu, kalau Khairul call ke mesej ke..,aku dah dapat baca dah daripada reaksi muka kau. Dah la Fadz, sekarang ni kita pergi kuliah dulu then petang nanti kau cerita kat aku.” Laila memujuk Fadzleen sambil mencapai beg galasnya.
Setelah selesai kuliah, kebiasaannya mereka akan berjumpa di cafe Rafflesia untuk makan petang. “So, nak cerita tak pasal Khairul tu? Apa yang dia cakap sampai kau terdiam macam kena paku?” Laila memandang tepat ke arah Fadzleen. “Dia nak further study kat Egypt then dia suruh kitorang keep in touch. Tapi kitorang tak bercinta pun. Kenapa dia layan aku macam girlfriend dia? Aku tak faham la Laila.” Fadzleen menundukkan pandangannya dengan rasa bersalah. “Aku rasa Khairul suka kat kau. Tapi bahaya juga korang berkawan sampai bermesej, berchatting kat facebook macam ni.. Takut-takut boleh timbulkan fitnah. Ni pun salah satu permulaan bagi zina. Aku rasa korang boleh je berkawan tapi jangan lampaui batas syara’ la. Kau pun faham agama.” Laila mulai buntu untuk mencari solusi bagi menjaga hati sahabatnya itu.
Azan maghrib berkumandang di sekitar kampus. Muslimin dan muslimat segera bersiap untuk menunaikan suruhanNya.  Jarum jam menunjukkan hampir  pukul 9.00 malam, Fadzleen dan Laila sibuk menelaah buku masing-masing. Sememangnya subjek Kimia adalah merupakan matapelajaran kesukaan Fadzleen. Hampir setiap soalan yang dijawabnya menemukan solusi. Sebaliknya Laila yang terkadang sahaja lulus dalam subjek kimia menyebabkannya anti dengan subjek itu. Dalam kekhusyukkan mereka menatap buku masing-masing, tiba-tiba ‘Chuckoo..chuckoo’. Ternyata ia adalah bunyi nada mesej telefon bimbit Fadzleen. 

Khairul
Assalamualaikum. 
Fadz buat apa tu? Study ea? Hehe. Sory ganggu..
 Just nak cakap yang Khairul rindu kat kampus termasuklah Fadz. ^^

Begitulah mesej yang dihantar oleh Khairul yang membuat Fadzleen tidak tenang untuk mengulangkaji pelajaran. Fikirannya kacau, tidak dapat fokus. Astaghfirullah.. Apa maksud Khairul ni?! Ya Allah, peganglah hati hambaMu daripada mendekatkan diri ke arah yang dimurkaiMu. Bisik hati kecil Fadzleen yang semakin berasa serba salah. Namun demi menjaga perasaan Khairul, Fadzleen membalas mesejnya.

Fadzleen
Waalaikumussalam.
A’aa, sy sedang study. Mybe sy tak dapat nak
berbalas mesej sbb sibuk. Minta maaf..

“ Hah! Khairul kan? Aku dah agak dah.. Dia mesti rindu kat kau kan?” sampuk Laila yang tadi sedang kusyuk menelaah bukunya. Fadzleen hanya mengangguk dan menghela nafas yang panjang. “Aku tak faham la Khairul ni. Sedangkan dia tahu yang aku dan dia tak ada apa-apa ikatan yang sah, namun boleh pulak dia cakap yang dia rindu kat aku.. isk..isk..” Fadzleen menggeleng-gelengkan kepalanya. “ Apa yang kau nak hairan?! Cukup package apa.. Kau cantik, kulit putih, pipi kemerahan, mata bundar hazle lagi.. Dah macam Heliza Helmi kacukan Oki Setiana Dewi pulak aku pandang kau. Agama kau pun elok, sejuk mata memandang dengan tudung labuh, bersarung kaki. Ciri-ciri wanita idaman memang ada lah kat kau.  Memang secocok lah kalau bergandingan dengan si Khairul tu, kacak bergaya, tinggi lampai,anak orang berada,bijak,alim… Apa orang kata tu..ha.. macam Syurga Cinta, kau jadi Heliza helmi then Khairul jadi Awal Ashaari. Mantop kot!”usik Laila.







“Tapi Laila.. Kitorang bukan muhrim. Kau pun faham kan.. I always say No Couple before akad.” balas Fadzleen bernada serius. Walau bagaimanapun, persoalan yang bermain-main di minda Fadzleen dibiarkan sebaliknya dia dan Laila menyambung kembali menelaah mata pelajaran. Sementara Khairul tidak membalas mesej Fadzleen kerana menghormati situasinya.
Sudah berminggu-minggu lamanya Khairul tidak membuat panggilan malah menghantar mesej kepadanya. Berkemungkinan Khairul sangat sibuk dan terpaksa memberi komitmen yang penuh terhadap pembelajarannya. Biasalah budak medic!

Suatu petang yang redup, Fadzleen dan rakan sekumpulannya sedang berdiskusi tentang kertas kerja yang diberikan oleh pensyarah mereka sebagai tugasan. Tiba-tiba Fadzleen mendapat satu panggilan yang ternyata ia adalah daripada bapanya.
 “ Assalamualaikum. Abah ada berita gembira buat Leen. Semalam keluarga En. Abdullah datang ke rumah. Mereka datang dengan membawa hajat yang amat besar. Bapanya ingin menyunting hati Leen buat anak lelakinya. Leen setuju tak?”
Jantung Fadzleen berdegup pantas. Keringatnya mengalir di pipi. Pelbagai soalan datang menerpa di benak fikiran. Siapa En. Abdullah?! Datang meminang?! Kenapa aku?!” desak hatinya.
“ Abah setuju dengan pinangan mereka?” Fadzleen berdalih.
“ Abah setuju, ibu Leen pun setuju lagipun abah sudah uji kebolehan bakal menantu abah tu, memang bagus bacaan Al-Quran dia, tajwid bahkan pandai bertarannum. Tak silap abah, dia tu student. Overseas lagi. Baguslah, ada wawasan. Tu lah ciri-ciri imam kamu” bicara bapanya dengan penuh rasa gembira.
Kalau ditentang nanti jadi anak derhaka. Kalau di tangguh nanti jadi anak dara tua. Nak tunggu Khairul masuk meminang?! Jauh panggang dari api. Dia kat Mesir. Bila nak balik Malaysia pun tak tahu.. Mungkin dah sampai seru. Demi menjaga hati bapanya yang sangat teruja untuk memperolehi menantu, Fadzleen rela menikahi lelaki yang dibicarakan oleh bapanya itu. Berita itu tidak diceritakan kepada sesiapa kecuali teman seperjuangannya iaitu Laila. Sememangnya Laila sungguh teruja untuk menghadiri pernikahan mereka yang dijangka berlangsung setelah selesai peperiksaan semester terakhir di Asasi Sains UiTM, Shah Alam.

Setelah selesai peperiksaaan akhir yang berlangsung sepanjang minggu itu, pulanglah Fadzleen ke pangkuan keluarga di Seremban dengan perasaan yang gembira berbaur sedih meninggalkan teman-teman di sana. Sesudah sampai, Fadzleen mendapatkan rehat yang secukupnya sebelum berbincang dengan keluarganya tentang perkahwinannya.

“Bakal pengantin perempuan dah bangun!” jerit Fiqah, adik bongsunya yang amat petah berbicara. “ Jangan kacau kak Leen tu. Dia kan baru je berehat tadi, biarlah dia isi perut dulu” tegur ibunya. Namun, Fiqah tidak menghiraukan teguran ibunya sebaliknya mengekori kakaknya ke dapur. “ Akak kenal ke dengan abang Erul? Dah berapa lama akak ngan abang bercinta?” bertubi-tubi soalan yang diluahkan si cilik itu.
 “Siapa abang Erul? Siapa pulak yang bercinta ni?? Hish, budak ni..” Fadzleen melayan telatah adiknya sambil menuangkan air suam ke dalam gelas.
“ Eh, akak ni. Esok lusa dah nak kawin tapi calon suami sendiri pun tak kenal. Macam mana ni?! Isk..isk.. Abang Erul tu kacak betul macam Nick Palatas! Dah la bijak bermadah.. wah..bertuahlah akak!!” sambung Fiqah. Abang Erul?! Calon suami?! Terkadang setiap tutur bicara adiknya memang benar. Fiqah sememangnya susah untuk bercakap bohong kerana telah diasuh sejak kecil untuk membenarkan setiap perkataannya.




“ Nick Palatas ke.. Shah Rukh Khan ke.. tak ada kena mengena dengan Fiqah. Haish.. Budak-budak tak boleh cakap pasal kawin lagi. Dah.. dah.. Pegi baca buku..” Fadzleen berdalih. Di sebalik ketenangan yang terpapar pada wajah Fadzleen, terdapat suatu persoalan dan kerisauannya tentang bakal suaminya yang dianggap misteri itu.
Fadzleen meninggalkan dapur lalu menuju ke arah ibu dan bapanya di ruang tamu.
“Ibu.. Leen nak tanya sesuatu.” Fadzleen memandang tepat ke arah ibunya. “Sebenarnya siapa Erul? Fiqah bagi tahu yang Erul tu bakal suami Leen.. Betul ke?”
“A’aa. Erul la bakal menantu abah” pintas ayahnya.

“Setakat yang Leen tahu, abah ada cakap yang Erul tu student overseas.. kat mana overseas tu? Bidang apa?” sambung Leen lagi yang kini beralih pandangan ke arah ayahnya.
“ Mesir. Erul tu student medic. Sekarang ni dia ambil cuti semata-mata nak melangsungkan perkahwinan. Pengorbanan yang agak besar jugak tu.” ujar ayahnya yang tidak jemu-jemu memuji bakal menantunya.
Ya Allah.. Adakah Erul tu…. Dia….Tak mungkin.. No! No! begitulah Fadzleen yang selalu melayari fikirannya.
“ Oh ye, nama sebenar Erul tu apa abah?” Fadzleen lantas bertanya.
“Muhammad Khairul bin Abdullah” pintas ibunya.
“Astaghfirullah al-azim!! Ya Allah” Fadzleen dengan segera berdiri dan meluru ke bilik ingin berselindung di balik pintu dengan curahan air mata. Erul yang disangkakan lelaki bermisteri rupa-rupanya sahabat akrabnya, Khairul.

Di sini diceritakan bahawa Khairul yang dahulu sentiasa keep in touch dengan Fadzleen merupakan seorang lelaki yang baik kerana terus meminang Fadzleen di bimbangi menimbulkan fitnah kerana selalu bermesej, berchatting dan sebagainya. Jadi, alangkah bagusnya jika mereka disatukan dan tidak menimbulkan sebarang fitnah atau syak wasangka.

Note: Ingatlah bahawa lelaki yang baik untuk wanita yang baik dan begitulah sebaliknya. Hal ini dah dinyatakan dalam surah an-nur ayat 26. Fahamilah.. Cerita ini rekaan semata-mata, tidak ada kena-mengena dengan yang hidup atau sudah kembali kerahmatullah. Wallahua’lam..
Sekian,terima kasih. ^^

Monday 6 June 2011

INGAT TAK INGAT

Kubur Setiap Hari Menyeru Manusia Sebanyak Lima (5) Kali ...
1. Aku rumah yang terpencil,maka kamu akan senang dengan selalu membaca Al-Quran.
2. Aku rumah yang gelap,maka terangilah aku dengan selalu solat malam.
3. Aku rumah penuh dengan tanah dan debu,bawalah amal soleh yang menjadi hamparan.
4. Aku rumah ular berbisa,maka bawalah amalan Bismillah sebagai penawar.
5. Aku rumah pertanyaan Munkar dan Nakir,maka banyaklah bacaan 'Laa ilahaillallah, Muhammadar Rasulullah', supaya kamu dapat jawapan kepadanya.

Lima Jenis Racun dan Lima Penawarnya .....

1. Dunia itu racun,zuhud itu ubatnya.
2. Harta itu racun,zakat itu ubatnya.
3. Perkataan yang sia-sia itu racun,zikir itu ubatnya.
4. Seluruh umur itu racun,taat itu ubatnya.
5. Seluruh tahun itu racun,Ramadhan itu ubatnya.

(Kirimkan Untuk Rakan-Rakan Muslim Anda Yang Lain Sebagai Tanda Sahabatnya Sedang Mengingatinya....)

Nabi Muhammad S.A.W bersabda:
Ada 4 di pandang sebagai ibu ', iaitu :
1. Ibu dari segala UBAT adalah SEDIKIT MAKAN.
2. Ibu dari segala ADAB adalah SEDIKIT BERBICARA.
3. Ibu dari segala IBADAT adalah TAKUT BUAT DOSA.
4. Ibu dari segala CITA CITA adalah SABAR.

Beberapa kata renungan dari Qur'an :
Orang Yang Tidak Melakukan Solat;
Subuh : Dijauhkan cahaya muka yang bersinar
Zuhor : Tidak diberikan berkah dalam rezekinya
Asar : Dijauhkan dari kesihatan/kekuatan
Maghrib : Tidak diberi santunan oleh anak-anaknya
Isyak : Dijauhkan kedamaian dalam tidurnya
Wallahua'lam


Thursday 2 June 2011

AURATKU..

Assalamualaikum...
Bercakap soal aurat, saya hairan sangat dengan manusia yang ada atas muka bumi ini. Padahal mereka tahu mendedahkan aurat mereka itu merupakan dosa besar namun, mereka tetap melanggarnya. Kalau bala Allah seperti bencana alam menimpa mereka, barulah sedar untuk menutup aurat sebab takut masuk ke dalam neraka jahanam. Nauzubillah.. Selain itu, ada juga antara mereka yang menutup aurat dengan tidak sempurna, hanya sekadar mengambil syarat. Saya bingung dengan pemikiran mereka. Kalau ditanya pada mereka, akhirat nanti mahu pergi ke syurga atau ke neraka? Sudah semestinya mereka akan menjawab ‘ke syurga’. Persoalannya, bagaimanakah mereka melaksanakan perintah Allah di dunia ini untuk membolehkan mereka menjadi ahli syurga? 

 fesyen sanggul dalam masyarakat..

Saya teringat kata-kata Cikgu Rohani, “ Hidup kita atas muka bumi ini macam dalam novel lah. Mesti ada watak antagonis dan protagonis. Susunan dan jalan cerita juga mesti ada macam permulaan, perkembangan, kllimaks dan peleraian. Kalau semua itu tidak ada, sudah semestinya tidak seronok sesebuah cerita itu.” Tidak hairanlah kes rogol di Malaysia semakin meningkat belakangan ini. Hal ini demikian kerana para muslimah terutamanya gadis remaja tidak menutup aurat dengan sempurna dan pergaulan hidup mereka yang tiada batasnya. Dalam hal ini, tidak perlulah pihak keluarga membenci atau menyalahkan lelaki-lelaki yang mengambil kesempatan itu. Tepuk dada, tanyalah iman. Adakah mereka memberikan ajaran agama yang secukupnya kepada anaknya itu? Adakah anak mereka menutup aurat dengan sempurna? Bagaimanakah pergaulan anak mereka dengan yang bukan muhrim? Saya yakin jikalau seseorang anak yang solehah tidak akan diganggu oleh syaitan-syaitan yang bertopengkan manusia ini. Hal ini demikian kerana para malaikat akan sentiasa mendampingi mereka setiap masa sekali gus wanita solehah itu berada di dalam keredhaan-Nya. 

Allah SWT berfirman : “Hai Nabi! Katakanlah kepada isteri-isterimu, anak-anak perempuanmu dan isteri-isteri orang mu’min semua hendaklah mereka melabuhkan jilbab-jilbab mereka atas (muka-muka) mereka. Yang demikian itu lebih memastikan mereka agar dikenali (sebagai wanita Islam) supaya mereka tidak diganggu.” (al-Ahzab: 59)

 ha..pakai cam nie pn xpe..^^

pakai cm nie lg elok..^^

Saya teringat suatu kisah tentang seorang wanita solehah yang berada di Amerika. Wanita tersebut memakai purdah dan menjaga pergaulannya dengan lelaki-lelaki yang sudah semestinya bukan muhrim juga wanita-wanita Amerika (kafir). Suatu hari, dia berjalan kaki tergesa-gesa menuju ke suatu tempat. Dia terpaksa melalui suatu lorong yang gelap dan sunyi. Hatinya berdegup kencang bimbang kalau-kalau mahkota dirinya tergadai dengan begitu sahaja oleh lelaki Amerika di lorong gelap tersebut. Ternyata memang terdapat seorang lelaki Amerika yang kelihatannya sedang menunggu mangsa. Wanita berpurdah tersebut tidak lekang di bibirnya menyebut zikir supaya dirinya tidak menjadi mangsa oleh lelaki yang berhawa nafsu syaitan. Alhamdulillah, dia terselamat. Keesokan harinya, wanita itu membaca akhbar harian. Ternyata seorang wanita Amerika telah dirogol oleh lelaki yang di jumpainya semalam. Tanpa membuang masa, dia terus ke balai polis untuk melaporkan hal yang demikian sekali gus membuat pengecaman penjenayah. Setelah itu, dia diberi kebenaran untuk berbicara sebentar dengan perogol itu.

Wanita: Why did you just let me escaped last night? I’ve passed through that way.
Lelaki: You had companies last night. If not, why would I let you go..
Wanita: Companies? How they look alike?
Lelaki: They wearing white dress and shiny.
Maka wanita itu berlalu menuju ke rumahnya. Dia berasa amat bersyukur kerana Allah telah menghantar para malaikat untuk mendampinginya. Jadi, sy sarankan kepada saya sendiri dan para wanita di luar sana untuk menjadikan cerita ini sebagai tauladan.