Saturday 11 June 2011

TOP 9

Assalamualaikum..
Sebagai imam, perlulah seseorang lelaki khususnya untuk menjaga keterampilan dan perwatakan supaya menjadi ikutan para makmumnya.

1. Memahami dan memelihara agama
Hal ini supaya si imam dapat membimbing makmumnya untuk 
sentiasa berada di landasan yang diredhai Allah.


2. Penyayang
Jika terdapat sekelumit sifat belas ini dapat mengeratkan hubungan silaturrahim
sekali gus mengelakkan kezaliman terhadap golongan yang lemah (wanita, kanak-kanak, hamba)


3. Berbakat dan mengaplikasikan kebolehannya
Terkadang bakat yang dianugerahi mereka dapat meluluhkan hati setiap insan yang bergelar wanita 
tidak kiralah bakat menyanyi, berlakon, bertarannum, berhujah, bersukan dan sebagainya.


4. Kemas dan sukakan kebersihan
Bau wangi-wangian dan berpakaian kemas dapat disenangi ramai.
Malah mereka akan lebih selesa berada di kalangan masyarakat.

5. Tidak merokok
Sifat inilah yang paling utama untuk mengelakkan penyakit barah paru-paru, nafas berbau 
dan sebagainya. Biasanya para wanita akan menyamakan lelaki yang merokok sebagai pengotor.
6. Hormat
Sikap saling menghormati dalam diri menyebabkan masyarakat berbaik sangka tidak kiralah tua muda, miskin kaya, berbeza bangsa, agama dan budaya.


7. Pemurah
Suka bersedekah dari semua perkara termasuklah senyuman. 
Hal ini memupuk rasa belas dan kasih terhadap masyarakat sekeliling.


8. Bijak
Si imam perlulah bijak menguruskan keluarga, menguruskan kewangan, menangani masalah dan menjaga perasaan orang lain. Jika mereka seorang yang bijak pandai dalam akademi, itu adalah bonus.



9. Rajin dan istiqamah
Sentiasa ringan tulang untuk membantu atau mencari rezeki. Bagi pelajar, haruslah sentiasa istiqamah 
untuk berusaha sehingga ke puncak dan tidak pernah mengenal erti berputus asa.




Kesemua sembilan ciri yang dibincangkan itu sudah semestinya dimiliki Kekasih Allah, Nabi Muhammad S.A.W malah lebih lagi kerana sememangnya kita sedia maklum bahawa baginda insan yang mulia. Jadi, marilah sama-sama kita sebagai umatnya, mencontohi baginda dan buktikanlah kecintaan kita dengan mengamalkan sunnahnya. Wallahua'lam..




No comments:

Post a Comment