Friday 3 May 2013

SYAHDU HATI


Aku leka melihat ke arah luar komuter. Bibir aku terkunci rapat sedangkan terlalu banyak cerita yang ingin diluahkan pada Hani. Ya! Hani. Dia seorang yang peramah dan suka mengambil berat terhadap aku.

“Farhana.. Kenapa ni? Macam ada masalah je?” Tiba-tiba Hani menyapa aku.
Aku hanya mengeluh panjang dan melemparkan senyuman ke arah Hani.
            “Tak payah berlakon la depan aku. Aku tau kau ada masalah. Share la dengan aku. Mana tau aku boleh tolong.” Hani memegang erat tangan aku.

Tanpa aku sedari, mutiara jernih mengalir ke pipi. Dadaku sebak. Lantas aku menundukkan pandangan supaya orang ramai tidak menyedari kehadiran tangisanku. Hangat pelukan Hani menyelubungi diri lantas memujukku bertenang.
             “Aku rasa aku tau apa masalah kau. Tak apa. Take your time.” Sambung Hani.

Putih-putih melati
Merah-merah delima
Siapa yang baik hati
Pastiku terima

“Farhana! Ada call!” Jerit Zila.
Aku meluru ke arah telefon bimbitku di ruang tamu.
“Eh, ni bukan call la Zila. Mesej je.” Balas aku.

Rupa-rupanya Fatin yang menghantar mesej kepadaku. Dia sekadar bertanyakan khabar. Aku menyambut salamnya dan menceritakan keadaan aku. Tiada apa-apa yang luar biasa sehingga Fatin memberitahuku suatu berita.

‘Farhana, aku nak kau tau pasal Syah.’
‘Kenapa? Syah dah bertunang ke?’ Mesejku hanya berbaur gurauan.
‘Ha’ah. Dia dah bertunang.. Guess who?’

Jantung aku berdegup kencang. Aku masih lagi dapat mengawal perasan walaupun berjuta-juta perdebatan berada di kotak fikiran.

‘Kak Umai ea?’
‘Wrong. Guess again.’
‘Em, Suryani ke?’
‘Salah jugak. Ala, kau kenal la pompuan tu. Kawan baik aku, kawan baik kau jugak.’

Aku terkedu. Tiba-tiba sahaja aku menjadi sebak. Tak mungkin! Tak mungkin! Tanganku menggigil. Tidak dapatku menyeka butiran jernih yang mula mengalir di pipi. Namun, aku sedaya menahan perasaan.

‘Owh, Reena kan?’
‘Yes. Tepat sekali! Aku bukan tak nak inform kau pasal ni tapi aku perlukan masa dan cara macam mana nak bagitau kau. Kau kawan aku, Reen pun kawan aku. Aku nak jaga perasaan kedua-dua belah pihak. Syah pun kawan aku. Tapi, semua ni berlaku begitu cepat. Aku pun baru je tau. Aku harap kau tak sedih. Jangan nangis ea..’
‘Eh, tak ade la. Kenapa aku perlu rasa sedih pulak. Aku tak layak dengan Syah, kau pun tahu kan. Aku ok je.’

Penipu. Ya!  Aku memang penipu. Aku tipu Fatin, aku tipu perasaan aku sendiri. Kononnya aku tabah tapi mengapa semakin rancak mutiara jernih mengalir ke pipi? Pada malam itu, lenaku diringi tangisan yang syahdu.

“ Kau dah ready ke nak bagitau aku pasal masalah kau tadi?”

Aku tersedar daripada lamunanku. Rupa-rupanya aku masih berada dalam dakapan Hani. Komuter yang kami naiki masih lagi menghala ke destinasi. Perlahan-lahan aku leraikan pelukan itu.

“Aku kecewa. Aku kesal. Aku sedih. Aku sakit hati. Aku tertipu, Hani.”
“Kenapa? Kau benci Syah? Atau kau benci Reen?”
“Tak. Aku tak pernah benci diorang. Malah, aku rasa gembira atas pertunangan tu.”
“So, kenapa kau rasa kecewa, kesal, sedih, sakit hati dan tertipu?”
“Semua tu aku tujukan pada diri aku sendiri. Aku kecewa dan kesal dengan penantian aku terhadap Syah, sia-sia saja. So, aku rasa sedih dan sakit hati dengan kebodohan aku ni. Aku tertipu dengan bisikan hati yang menyatakan Syah adalah bakal imam aku. Padahal ajal, maut, jodoh pertemuan tu ditentukan oleh Allah S.W.T.”
“Bersabarlah Farhana. Sesungguhnya keimanan kau sedang diuji. Jangan mudah mengalah. Istikarahlah. Mungkin ada yang lebih baik untuk kau kelak. Kau tak tahu. Aku tak tahu. Orang yang dalam komuter ni pun tak tahu. Hanya Allah je yang tahu siapa si dia yang bertuah dapat jadi bakal imam kau. Jangan sedih ea..”
“Terima kasih Hani.”

Musnahlah segala penantianku terhadap Syah yang bermula sejak kami sama-sama belajar di asasi pada semester pertama lagi sehinggalah kami melanjutkan pelajaran di peringkat ijazah. Mungkin mudah bagi sesetengah insan untuk melupakan sesuatu perkara dalam hidup mereka tetapi tidak bagi aku. Mungkin terdapat kekurangan pada diri aku. Atau mungkin bukan jodoh. Mungkin...

2 comments:

  1. kesian farhana..takpe, mungkin Allah dah sediakan jodoh yang lebih baik untuk dia.

    ReplyDelete
  2. Kisah yg berlaku atas diri farha sendiri ke? Atau hanya rekaan semata-mata?

    ReplyDelete