Tuesday, 17 May 2011

JOM BERSEDEKAH

Assalamualaikum..
Ramai umat islam pada hari ini mengamalkan amalan sedekah. Sebenarnya apakah yang di maksudkan dengan sedekah? Sedekah adalah pemberian ikhlas sama ada benda itu sesuatu yang kita sayang atau tidak. Jadi, keikhlasan itu menjadi pucuk persoalan dalam setiap pemberian kita. Sesetengah insan berasa ragu-ragu dengan amalan sedekah mereka. “Aku ikhlas ke dengan pemberian tadi? Ikhlas kot..” Begitulah permainan syaitan yang sedang bermaharajalela di dalam ruang fikiran kita. OK.. Beginilah, firstly kita jangan was-was jika ingin berbuat baik seperti bersedekah kerana sudah terang lagi bersuluh bahawa kita sedang melakukan kebaikan. Betul tak? Syaitan laknatullah lah yang bertugas untuk meletakkan rasa was-was itu ke dalam hati. Cuba fikir sejenak.. Pernah ke tidak kita rasa begitu? Tepuk dada tanya iman..

Allah Ta’ala berfirman:“Adapun orang yang memberikan (hartanya di jalan Allah) dan bertaqwa dan membenarkan adanya pahala yang terbaik (surga) maka Kami kelak akan menyiapkan baginya jalan yang mudah”. Qs. Al Lail (92) : 5-8

Sedekah bukan sahaja boleh di berikan kepada manusia (anak-anak yatim, fakir miskin dan sebagainya), malah boleh diberikan kepada haiwan atau binatang kerana mereka juga makhluk Allah. OK.. Contohnya, suatu hari pokok yang kita tanam telah berbuah dengan lebatnya di belakang rumah. Namun, ada beberapa biji buah yang rosak di makan dek beburung. So, jangan cepat melenting! Jangan tergesa-gesa ambil senapang patah kita untuk menembak beburung di awan biru… Sebaliknya, kita niat sedekah saja sudah cukup. Nampak tak? Amalan sedekah telah mengajar kita untuk bersabar. Hebat bukan? Di sini terdapat suatu cerita tentang amalan sedekah..

makan jgn xmakan.. ^^

Suatu hari Ustaz Syah dan rakan karibnya En. Akbar singgah di kedai makan. Tiba-tiba datang ke arah mereka seorang budak lelaki yang berpakaian compang-camping dan lusuh (si pengemis). Baunya, Ya Allah.. Hanya Tuhan yang tahu.

Si Pengemis: Encik, mintak sedekah. Saya lapar tapi tak ada wang untuk beli makanan. (sambil pandang ke bawah)

En.Akbar: (dengan nada marah) Kau masih muda, punya kudrat untuk berjalan. Kenapa masih meminta-minta?! Gunalah upaya kau untuk mencari sebarang pekerjaan yang halal.. Susah sangat ke??! Malulah sikit pada Yang Maha Pencipta.. Allah dah bagi tangan, kaki, mata.. Untuk apa semua itu?!

Ustaz Syah terkesima mendengar nada suara yang dilontarkan oleh En.Akbar pada budak lelaki itu. Keadaan yang tegang tadi tiba-tiba reda apabila En.Akbar mengeluarkan sekeping kertas yang berwarna merah dari sakunya. Ternyata kertas itu adalah wang yang bernilai RM10.

En.Akbar: Ambil ni. Lepas ni jangan minta-minta lagi!! Ingat tangan yang di atas lebih baik daripada yang di bawah..!

Setelah si pengemis itu berlalu, Ustaz Syah memujuk pada rakannya untuk memberitahu sebab-sebab perbuatannya tadi.  Padahal En. Akbar boleh sahaja berikan wang itu pada dia tanpa meninggikan suaranya. Setelah di desak berkali-kali barulah sahabatnya mula menjawab.

En.Akbar: Sebenarnya, ana tak mahu budak lelaki itu malas menyara hidupnya sebab ana tengok dia punya anggota dan kudrat ok jer..tak ada yang kurang. Selain itu, ana nak cuba sedaya upaya untuk mengikhlaskan hati apabila bersedekah kerana memang sukar untuk ana bersedekah di khalayak ramai. Jadi, di samping ana marah-marah..,ada juga faedahnya..

Konklusinya, kita di galakkan bersedekah mengikut cara tersendiri. Ada yang marah-marah sambil bersedekah, ada yang bersedekah secara tersembunyi..Anda??
 Wallahua’lam..Sekian



2 comments:

  1. cerita yang boleh di ambil iktibar..credit to the writer^^

    ReplyDelete